DAP Parti Yang Semakin Rasis, Kurang Ajar & Bongkak!

DAP Parti Yang Semakin Rasis, Kurang Ajar & Bongkak!. Rakyat sedia maklum dengan tahap kezaliman kerajaan DAP negeri. Rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan pun ditindas tanpa mampu dipertahankan oleh Wan Azizah dan Dr Mahathir.



Regim DAP yang mentadbir Pulau Pinang selama 2 penggal semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat negeri.

Mereka bukan sahaja menindas dan menzalimi kaum Melayu Pulau Pinang tetapi polisi pro-pemaju rejim tersebut telah menyebabkan kerajaan DAP turut berkonfrontasi dengan NGO-NGO yang sebelum ini menyokong parti cauvinis tersebut.

Malah, kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng juga sedang bertelagah dengan Penang Chinese Clan Council (PCCC).

Sebelum ini, kerajaan DAP dilaporkan tidak menyelesaikan pembayaran hutang kepada PCCC yang membantu menyelenggarakan perayaan Tahun Baru Cina. Kerajaan Pulau Pinang menjanjikan RM80,000 untuk menganjurkan acara itu tetapi masih berhutang RM70,000 kepada PCCC.

Kelewatan dalam pembayaran itu menimbulkan tanda tanya sama ada wujud sebarang rasuah.

Konfrontasi PCCC dengan kerajaan DAP ini juga berlaku apabila sebelum perayaan Tahun Baru Cina pada 8 Feb, mereka tidak puas hati dengan Kerajaan DAP di atas rancangannya untuk mengadakan perayaan negeri di jeti mereka untuk pertama kali

Ini adalah selepas kerajaan DAP memutuskan untuk mengadakan Festival Kebudayaan dan Warisan di lokasi yang sama di mana perayaan Ulang Tahun Jade Emperor yang biasanya diadakan.

Klan Cina itu melihat tindakan itu sebagai kurang ajar kerana tindakan kerajaan DAP itu mengganggu upacara tahunan mereka ke-109. Mereka tidak berpuas hati dan membantah tindakan kerajaan DAP itu.

Bagaimana pun, Lim Guan Eng dilaporkan telah mempertahankan sikap kurang ajar kerajaan DAP itu.

Baca selanjutnya >> Regim DAP Melampau!

.

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Itu Kronisme?

Mengapa Ulamak Menolak Tauhid 3 Serangkai? (Uluhiyyah, Rububiyyah)

Anina Saadudin Tibai Dan Tempelak A. Kadir Jasin