Apakah Itu Kronisme?
Menurut Kamus Dewan, 'Kronisme bermaksud amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat atau kawan-kawan rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya.
Jika diterjamahkan maksud ‘kroni’ ini kita mendapati ada perbezaan sedikit dengan terjamahan Dewan Bahasa dan Pustaka. ‘Kronisme’ merupakan bahasa Malaysia yang disadur dari bahasa Inggeris yang sebenarnya berasal daripada perkataan greek. Perkataan asal dalam bahasa Greek..Chronios bermaksud “long-lasting” atau tahan lama. Dalam bahasa Inggeris, Cronymembawa maksud “a close friend especially of long standing”.
Dalam bahasa Melayu pulak, bila saya rujuk kamus dewan...Kroni bermaksud “kawan atau teman yang rapat (biasanya digunakan dalam situasi negative atau yang melibatkan kepentingan peribadi)”. Kronisme pula memberi maksud “amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dsd”.
Disini saya ingin memberikan 3 contoh bagaimana isu kroni ini menjejaskan sesuatu insitusi.
Pertama:
Isu kroni yang berlaku disebuah Jabatan Kerajaan, dimana pemimpin yang disebut juga Pengarah yang suka memilih favourite worker. Seperti hubungan yang terlalu rapat antara pekerjanya yang berasal dari negeri yang sama, ayah pekerja itu kawan rapat, dan mungkin ada hubungan kekeluargaan dengan si pekerja tersebut atau yang terlalu rapat atau 'kamceng' dengan pekerja dibawahnya. Apabila keakraban ini dilihat sebagai penentu keputusan, maka segala kelulusan diberikan dengan mudah tanpa perlu mempertikaikannya kepada mereka-mereka yang disukainya sahaja. Wujud ketidakadilan,ketidaktelusan,ketidakpuashatian dikalangan pegawai yang lain dengan situasi ini. Selain itu, kenaikan pangkat yang dilihat berat sebelah..sesiapa yang sudah bekerja faham apa yang saya maksudkan.
Kedua:
Isu kroni di IPTA jangan dipandang sebelah mata, dalam suatu komuniti pelajar dari serendah-rendah jawatan sehingga setinggi-tinggi jawatan dipilih secara tidak adil. Sesiapa yang baik dengan AJK tertinggi dan ‘senegeri’ (Se"ideologi) (orang2 yg dapat m"gekalkan kedudukan) (P'yokong) (s"dengan mudah atau boleh dikatakan secara automatic akan mendapat apa-apa jawatan dalam komuniti tersebut tanpa melihat kecekapan dan pengalaman orang tersebut melaksanakan tugas..kroni sudah lama wujud di IPTA!
Ketiga:
Isu kroni dalam politik, siapa tidak tahu perkara ini? Kalau dikaji dengan teliti apakah kekuatan parti pemerintah sekarang ini, apa anda jawap? Adakah rakyat bersatu padu..ya betul ! adakah ekonomi maju..ya betul! Adakah pemimpin kita berjiwa rakyat..ya betul! Semuanya betul tetapi mengapa rakyat sekarang semakin menyampah, marah dan ada yang membenci?..jika dihayati maksud kroni, tidaklah seburuk mana maksudnya tapi jika disebut kroni dalam politik..memang akan membawa maksud buruk sekali. Atas sebab kroni, berbilion duit rakyat habis atas nama projek yang diberikan secara direct nego kepada kroni. Kos yang hanya 100 juta akan menjadi 500 juta. Lebihan itu akan dibahagikan sesama mereka. Dan jikalau projek itu dibawah kroni, tiada siapa berani kacau projek itu sekalipun banyak yang tidak kena atau ada penyelewengan disana sini.
Pada pendapat peribadi saya, tidak salah menolong kawan. Apa maknanya kawan kalau tidak boleh tolong kawan. Siapa lagi yang boleh tolong kawan kalau bukan kawan sendiri tetapi kalau nak tolong pun biarlah dengan cara yang betul dan amanah. Biarlah niat itu kerana Allah, berlaku adil dengan semua orang kerana apa yang anda buat orang lain yang akan menilainya. Isu kroni ini menjejaskan sesebuah Jabatan khususnya, apabila sesuatu perkara berlaku dengan pantas dan anda merasakan tidak patut berlaku maka isu kroni lah menjadi penyebabnya dan wujudlah puak-puak anti-kroni yang penuh kebencian. Isu ini juga kalau dinilai dari sudut negative maka negative lah jadinya dan jika dinilai dari sudut positif maka positif lah ia. Kroni perlu dihapuskan untuk ketelusan, keadilan dan keharmonian!
“SAY NO TO CRONY”


Comments
Post a Comment