Posts

Showing posts from 2017

KAFIR CHAUVINIST DAP NAK JUAL PULAU!

Image
ISU TANAH FELDA BUKAN MAIN BISING, DAP NAK LELONG PULAU, APA CER..!? Dalam Pakatan rancak menjadikan isu penjualan tanah Felda di Jalan Semarak baru-baru ini ramai yang tidak tahu bahawa tiga buah pulau buatan yang bakal dibina di Permatang Damar Laut, Pulau Pinang akan "dilelong" bagi membiayai usaha Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebanyak RM27 bilion oleh kerajaan negeri. Projek berkenaan; Penang South Reclamation (PSR) adalah satu usaha kerajaan pembangkang Pakatan Harapan untuk menambak tiga buah pulau berukuran 930 hektar, 445 hektar dan 323 hektar di perairan Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul . Banyak pihak yakin, pulau-pulau ini akan dijual kepada pihak asing, tambahan pula DAP sering mendakwa Malaysia sebuah negara gagal dan hampir bankrap – takkan rakyat dalam negeri hampir bankrap ada duit nak beli pulau? Demi menjustifikasikan tindakannya untuk “melelong” pulau-pulau ini nanti, DAP mendakwa projek ini boleh menyelesaikan masalah trafik yang...

Mahathir & Loans From Japan

Image
Malaysia and Japan have enjoyed close diplomatic, economic and cultural relations since Malaya gained independence from Britain in 1957. The ties between the two countries have been further reinforced through the 'Look East' policy introduced in the beginning of the 1980s by the former Malaysian Prime Minister Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Why does Pakatan make it an issue that there are investment from China to Malaysia when in the past under Tun Mahathir, we happily took money and investment from a country that had invaded us, occupied our land killed tens of thousands of us and caused suffering to millions during World War II? In the past, Malaysia was one of the biggest recipients of Japanese funding in Asia . From January 1969 to March 2001, Malaysia received JPY827.4 billion (RM26.39 billion then) as bilateral loans. Divided per person, the amount would be equal to approximately RM1,165, which is the highest in Asia (Ruhanie 2001). In 2003, the Japanese governme...

Pakatan Harapan Tak Ada PM Harapan Lagi? Pergi Meninggal Laaa

Image
Pakatan Harapan Tak Ada PM Harapan Lagi? Pergi Meninggal Laaa. Pakatan Harapan (PH) menyatakan ia akan mengumumkan nama calon Perdana Menterinya pada bulan depan. Akhirnya selepas sekian lama barulah PH akan mengumumkannya. Namun ia masih belum pasti, kerana pengumuman hanya akan dibuat bulan depan, bukan sekarang. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng , pengumuman itu akan menamakan calon baru untuk mengganti Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara kerana meliwat. Meskipun Anwar tetap pilihan utama tapi kata Guan Eng, memandangkan hukumannya masih belum berakhir, adalah mustahil untuk meletakkannya sebagai calon. PH pernah sebut beberapa nama sebelum ini termasuk nama bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad namun kemudiannya mereka sesama sendiri menidakkan nama yang disebutkan itu. Kekalutan berkenaan mungkin kerana banyak sangat nakhoda dalam bahtera pembangkang menjadikannya susah untuk dikemudi. Persoalannya siapa sebenarnya dapat sokongan majoriti da...

Bila Bapak Segala Diktator Di Malaysia Bercakap Pasal Demokrasi

Image
Bila bapak segala diktator di Malaysia berkata pasal demokrasi sudah pun di musnahkan, Aku fikir dia memang seorang diktator yang masih belum dapat melupakan kerusi empuk kuasa yang pernah dia guna. Bagi aku dia ini sudah tak relevan untuk berada dalam kancah politik negara. Campur tangan dia telah merosakkan segala apa yang ada. Mahathir adalah bapak segala perasuah di Malaysia . Pemimpin yang telah menyonglap berbillion-billion wang negara demi kekayaannya dan kroni dan kaum kerabatnya. Anak manja dia di Mukhriz pula adalah antara orang yang terkaya di Malaysia kerana tarafnya sama seperti taraf Mokhzani yang juga merupakan antara 20 orang terkaya di Malaysia sebaik sahaja bapanya bersara dari politik negara. Sekarang ini, si bapak segala perasuah dan diktator di Malaysia ini mula menyalahkan kepimpinan orang lain kononnya lebih teruk dari dia padahal pada zaman dialah semua rasuah, diktator, jerung besar sering terlepas dan juga campurtangan si tua ini dalam Badan ...

DAP Parti Yang Semakin Rasis, Kurang Ajar & Bongkak!

Image
DAP Parti Yang Semakin Rasis, Kurang Ajar & Bongkak !. Rakyat sedia maklum dengan tahap kezaliman kerajaan DAP negeri. Rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan pun ditindas tanpa mampu dipertahankan oleh Wan Azizah dan Dr Mahathir. Regim DAP yang mentadbir Pulau Pinang selama 2 penggal semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat negeri. Mereka bukan sahaja menindas dan menzalimi kaum Melayu Pulau Pinang tetapi polisi pro-pemaju rejim tersebut telah menyebabkan kerajaan DAP turut berkonfrontasi dengan NGO-NGO yang sebelum ini menyokong parti cauvinis tersebut. Malah, kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng juga sedang bertelagah dengan Penang Chinese Clan Council (PCCC). Sebelum ini, kerajaan DAP dilaporkan tidak menyelesaikan pembayaran hutang kepada PCCC yang membantu menyelenggarakan perayaan Tahun Baru Cina. Kerajaan Pulau Pinang menjanjikan RM80,000 untuk menganjurkan acara itu tetapi masih berhutang RM70,000 kepada PCCC. Kelewatan dalam pembayaran itu menimbulkan tan...

Selepas Tanah Runtuh, Pemaju Raikan Sambutan Hari Lahir Guan Eng?

Image
Lim Guan Eng keluar makan bersama pemaju yang terlibat dengan tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah? Itu persoalan Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai merujuk kepada gambar yang tersebar di media sosial itu dimana Guan Eng kelihatan makan bersama pemaju berkenaan pada sebelah malam selepas melawat tapak tragedi pada 21 Oktober lalu. “Saya syak sesuatu kerana dia makan bersama pemaju. Saya hairan sebab kerajaan Pulau Pinang kata mereka senarai hitamkan kontraktor, kenapa tak senarai hitamkan pemaju? Apa kaitkan pemaju dengan kerajaan negeri saya tak faham. “Mereka sepatutnya batalkan semua projek bukan hanya di Tanjung Bungah. Ini kerana kita tak tahu berapa banyak projek yang mereka tak patuhi, berisiko tinggi dan berapa banyak lagi nyawa yang akan terkorban di masa akan datang,” tegas Dominic dalam sidang medianya hari ini. Beliau juga mencabar kerajaan negeri untuk menyenarai hitamkan pemaju dan menutup semua projek yang dijalankan pemaju berkenaan di n...

PENIPUAN DASAR MAMPU MILIK KERAJAAN DAP SELANGOR

Image
PENIPUAN DASAR MAMPU MILIK KERAJAAN DAP SELANGOR Sebelum ini,pada 1 Januari 2015 kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan dasar Rumah Mampu Milik (RMM). Dasar yang diperkenalkan tersebut menampakan bahawa Kerajaan Negeri seolah-olah ingin membantu rakyat terutama golongan bumiputera yang berpendapatan rendah di Selangor. Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad (PKR) yang mengatakan bahawa, polisi yang dilaksanakan tersebut menyediakan lebih banyak Rumah Mampu Milik di negeri Selangor. Namun begitu komposisi bilangan unit rumah mampu milik oleh kerajaan negeri di bawah skim ini hanya memperuntukkan 10 peratus sahaja Rumah Mampu Milik jenis A yang di bawah harga RM42,000. Padahal ramai lagi bumiputera yang tidak mampu memiliki Rumah Mampu Milik yang melebihi harga RM42,000 iaitu jenis B,jenis C dan jenis D, terutama golongan yang berpendapatan rendah. Ps : Persoalanya,mengapa kerajaan negeri tidak membina lebih banyak rumah mampu m...

Mahathir Dan Skandal Forex 1990. Kit Siang Akan Berbohong?

Siasatan Forex : Kit Siang Akan Berbohong Demi Mahathir Kalau diikutkan harapan Ketua DAP, Lim Kit Siang ialah untuk membongkarkan semua perbuatan jahat  Mahathir dalam skandal mata wang asing (Forex) yang menyebabkan negara kerugian berbiliion ringgit pada sekitar tahun 90-an. Pada tahun 1993, Kit Siang menyeru dan membuat saranan supaya diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian sebanyak RM30 bilion dalam skandal berkenaan dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Jumlah itu, kalau digunakan, ia adalah cukup untuk jumlah pelepasan cukai untuk 19 juta rakyat Malaysia, bayi dan kanak-kanak selama 8 tahun mengikut nilai pada tahun berkenaan. Boleh juga buat sekitar empat buah lapangan terbang yang setaraf dengan KLIA dan boleh buat lebuh raya setaraf dengan Lebuh Raya Utara-Selatan. Sepatutnya, selepas 24 tahun menunggu, kini Kit Siang sepatutnya lega apabila kerajaan membuat keputusan menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat skandal itu dik...

Pakatan Harapan Tumbang Di Selangor

Pakatan Harapan Berkecai, PH Sudah Jadi Pakatan Hancur Pakatan Harapan hanya menunggu masa untuk disemadikan sekali lagi. Lebih singkat kali ini umurnya berbanding Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Kehancuran PH ini lebih cepat dengan kehadiran PPBM dan PBR dan bila tumbangnya kerajaan PKR, Azmin Ali di Selangor. Harapan untuk pembangkang bergelar kerajaan di Putrajaya sekadar tinggal harapan dan angan-angan Mat Jenin sahajalah. Sesuailah dengan nama "harapan" pun. Sudah dua bulan lepas, PH mesyuarat tentang nama, logo dan organisasi. Akhirnya semua cadangan hanya tinggal harapan sahajalah. Pergolakan teruk di Selangor menguatkan lagi desas-desus ini. Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali cukup tertekan sehingga terpaksa lari ke Mesir dan Morocco. Lebih parah lagi kebanyakan Exco Kerajaan Negeri semasa era pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak ikut serta dalam rombongan Azmin. Mungkinkah mereka ini yang disebut-sebut sebagai...

Bekas Pengerusi SPR Seorang Yang Hipokrit!

Masih ingatkah pernah seorang penyokong kuat Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar mempersoalkan keputusan pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman seorang bekas pengerusi SPR sebagai naib presiden parti itu termasuk pelantikan separuh daripada mereka yang berada dalam senarai kepimpinan parti tersebut yang terus mendapat jawatan besar sedangkan mereka adalah antara nama baru yang menceburkan diri di arena politik.. Pada suatu ketika dalam tahun 2008, Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan pernah membuat laporan polis terhadap Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sewaktu beliau masih bersama SPR berhubung kenyataannya mencabar parti-parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihanraya umum akan datang sekiranya tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihanraya negara ini, oleh Ketua DPP Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad di Balai Polis Dang Wangi, mengikut Seksyen 107, Kanun Acara Jenayah (KAJ) yang disiarkan oleh akhbar harian...

Kronisme Parti Pembangkang

Kronisme Parti Pembangkang CAKAP tidak serupa bikin atau kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata tidak nampak. Itu merupakan antara perumpamaan dan peri bahasa yang menggambarkan situasi politik pembangkang sekarang. Baik Pas, DAP mahupun PKR mereka tidak terlepas daripada unsur kronisme. Biar apa pun alasan yang diberikan, namun amalan itu jelas menjadi amalan mereka. Sedangkan pihak pembangkanglah yang mula-mula membangkitkan soal kronisme dan nepotisme. Atas nama integriti dan kebertanggungjawaban atau akauntabiliti, mereka mengkritik, menghentam dan mengecam apabila ada pelantikan ke jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu dan pemberian kontrak serta agihan saham. Pada hujung tahun 1990-an, muncul pihak-pihak tertentu yang menggunakan elemen kronisme ini untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN. Matlamatnya adalah untuk mengetepikan kepimpinan ketika itu. Namun apabila didedahkan segala data dan fakta, te...