"Mahathir Nak Saya Ikut Telunjuk Dia" - Najib
JAKARTA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya sekarang adalah kerana beliau tidak mahu menjadi perdana menteri yang menerima "arahan" daripada bekas perdana menteri itu. Katanya, serangan Dr Mahathir itu telah diduga kerana beliau mengetahui bahawa bekas perdana menteri itu juga adalah seorang yang "obses" dengan kuasa dan masih mahu membuat keputusan mengenai perancangan dan dasar-dasar negara. "Dr Mahathir obses untuk mengawal dan saya pun dah mengenali beliau lama dan saya tahu saya cuma ada dua pilihan sebagai perdana menteri. Pertama saya merupakan perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapatkan nasihat beliau. Saya kata nasihat tetapi mungkin arahan untuk melakukan kehendak beliau dari segi pentadbiran negara. "Maknanya saya tidak akan menjadi perdana menteri yang terpaksa mendengar cakap dia... saya menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya," katanya dalam ...