Posts

Showing posts from 2016

"Mahathir Nak Saya Ikut Telunjuk Dia" - Najib

JAKARTA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya sekarang adalah kerana beliau tidak mahu menjadi perdana menteri yang menerima "arahan" daripada bekas perdana menteri itu. Katanya, serangan Dr Mahathir itu telah diduga kerana beliau mengetahui bahawa bekas perdana menteri itu juga adalah seorang yang "obses" dengan kuasa dan masih mahu membuat keputusan mengenai perancangan dan dasar-dasar negara. "Dr Mahathir obses untuk mengawal dan saya pun dah mengenali beliau lama dan saya tahu saya cuma ada dua pilihan sebagai perdana menteri. Pertama saya merupakan perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapatkan nasihat beliau. Saya kata nasihat tetapi mungkin arahan untuk melakukan kehendak beliau dari segi pentadbiran negara. "Maknanya saya tidak akan menjadi perdana menteri yang terpaksa mendengar cakap dia... saya menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya," katanya dalam ...

Mengapa Ulamak Menolak Tauhid 3 Serangkai? (Uluhiyyah, Rububiyyah)

Image
Jika kita menyoroti dari perspektif ulama tersebut, kita mendapati ulama al Azhar telah bersetuju mengeluarkan kenyataan tentang kesalahan tauhid ini yang sebenarnya telah direka dan dicipta oleh orang-orang yang terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran dan hadis. Justeru, kenapa pula kita perlu memakai pendekatan Tauhid 3 Serangkai yang mengandungi kepincangan dan telah ditolak oleh ulama kecuali Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya? Untuk lebih jelas lagi, di bawah ini disenaraikan beberapa cendekiawan dan sarjana Islam dan kitab penulisan mereka yang mengandungi penolakan terhadap ajaran tauhid rekaan ini: *Al ‘Allamah al Mufassir al Muhaddith Sheikh Yusof al Dijwi RA, Ahli Lembaga Majlis Ulama Besar al Azhar. Beliau mengeluarkan fatwa penolakan al Azhar terhadap tauhid rububiah dan uluhiah. Kenyataannya ini dipaparkan dalam Majalah Nur al Islam edisi tahun 1933 yang merupakan lidah rasmi al Azhar pada masa itu. Fatwa yang dikeluarkannya ini, turut dipersetuju...

Apakah Itu Kronisme?

Image
Menurut Kamus Dewan, ' Kronisme  bermaksud amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat atau kawan-kawan rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya. Jika diterjamahkan maksud ‘ kroni ’ ini kita mendapati ada perbezaan sedikit dengan terjamahan Dewan Bahasa dan Pustaka. ‘ Kronisme ’ merupakan bahasa Malaysia yang disadur dari bahasa Inggeris yang sebenarnya berasal daripada perkataan  greek . Perkataan asal dalam bahasa Greek.. Chronios  bermaksud “ long-lasting ” atau tahan lama. Dalam bahasa Inggeris,  Crony membawa maksud  “a close friend especially of long standing”.   Dalam bahasa Melayu pulak, bila saya rujuk kamus dewan... Kroni  bermaksud  “ kawan atau teman yang rapat (biasanya digunakan dalam situasi negative atau yang melibatkan kepentingan peribadi)” .  Kronisme pula memberi maksud  “amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberi...