Posts

Showing posts from January, 2019

Universiti Al-Azhar buang pelajar perempuan tak tahu malu peluk jantan

Image
Universiti Al-Azhar hari ini membuang seorang pelajar wanita selepas muncul dalam video yang memaparkan wanita berkenaan sedang memeluk seorang lelaki. Pihak universiti mendakwa pelajar tersebut telah merosakkan reputasi universiti. Video yang tular awal bulan ini menunjukkan seorang lelaki muda membawa sejambak bunga dan berlutut di hadapan seorang wanita dan kemudian memeluknya dalam video yang dipercayai sebuah permintaan untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri. Video itu tidak dirakam di kawasan universiti Al-Azhar, tetapi di satu lagi pusat pendidikan tinggi, iaitu Universiti Mansoura yang terletak di bahagian utara negara itu. Bagaimanapun, majlis disiplin Universiti Al-Azhar di Mansoura semalam memutuskan untuk membuang gadis muda itu. Jurucakap universiti, Ahmed Zarie berkata video itu telah menyebabkan “bantahan awam” dan keputusan universiti untuk membuangnya berikutan pelajar berkenaan menunjukkan “imej buruk” Al-Azhar, yang mengasingkan jantina lelaki dan p...