Mahathir Dan Skandal Forex 1990. Kit Siang Akan Berbohong?
Siasatan Forex : Kit Siang Akan Berbohong Demi Mahathir Kalau diikutkan harapan Ketua DAP, Lim Kit Siang ialah untuk membongkarkan semua perbuatan jahat Mahathir dalam skandal mata wang asing (Forex) yang menyebabkan negara kerugian berbiliion ringgit pada sekitar tahun 90-an. Pada tahun 1993, Kit Siang menyeru dan membuat saranan supaya diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian sebanyak RM30 bilion dalam skandal berkenaan dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Jumlah itu, kalau digunakan, ia adalah cukup untuk jumlah pelepasan cukai untuk 19 juta rakyat Malaysia, bayi dan kanak-kanak selama 8 tahun mengikut nilai pada tahun berkenaan. Boleh juga buat sekitar empat buah lapangan terbang yang setaraf dengan KLIA dan boleh buat lebuh raya setaraf dengan Lebuh Raya Utara-Selatan. Sepatutnya, selepas 24 tahun menunggu, kini Kit Siang sepatutnya lega apabila kerajaan membuat keputusan menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat skandal itu dik...